Kelayakan Konfederasi Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022

AFC

Pembukaan dua pusingan kelayakan juga bertindak sebagai kelayakan untuk Piala Asia 2023. Oleh itu, Qatar, tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022, hanya mengambil bahagian dalam dua pusingan kelayakan pertama.[10]

Struktur kelayakan adalah seperti berikut:[11]

  • Pusingan Pertama: 12 Pasukan (kedudukan 35–46) akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan secara timbal balik. Enam pemenang akan mara ke pusingan kedua.
  • Pusingan Kedua: 40 Pasukan (kedudukan 1–34 (termasuk Qatar sebagai tuan rumah) dan enam pemenang pusingan pertama) dibahagikan kepada lapan kumpulan lima pasukan akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan. Lapan juara kumpulan dan empat naib juara kumpulan terbaik mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia FIFA dan juga layak ke Piala Asia 2023. Sekiranya Qatar muncul sebagai pemenang dalam kumpulan mereka atau sebagai salah satu daripada empat naib juara terbaik, naib juara terbaik kelima akan pergi ke pusingan ketiga bagi menggantikan mereka.[12]
  • Pusingan Ketiga: 12 pasukan yang akan mara dari pusingan kedua akan dibahagikan kepada dua kumpulan enam pasukan akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melayakkan diri ke Piala Dunia, dan pasukan di tempat ketiga akan akan bermain menentang satu sama lain di tempat sendiri-dan-tempat lawan secara timbal balik. Pemenang akan mara ke play-off antara konfederasi, bermain menentang pasukan dari konfederasi yang akan ditentukan.

Peringkat semasa (pusingan kedua)

Kumpulan A
KedPasukanPMt
1 Syria515
2 China47
3 Filipina57
4 Maldives56
5 Guam (Z)50
Kemaskini untuk perlawanan yang telah dimainkan pada 19 November 2019. Sumber: AFC
(Z) Tersingkir dari Piala Dunia.
Kumpulan B
KedPasukanPMt
1 Australia412
2 Kuwait510
3 Jordan510
4 Nepal (Y)53
5 Taipei Cina (Z)50
Kemaskini untuk perlawanan yang telah dimainkan pada 14 November 2019. Sumber: AFC
(Y) Tidak dapat menjuarai kumpulan, mungkin masih boleh mara sebagai naib juara kumpulan.; (Z) Tersingkir dari Piala Dunia.
Kumpulan C
KedPasukanPMt
1 Iraq511
2 Bahrain59
3 Iran46
4 Hong Kong55
5 Kemboja (Y)51
Kemaskini untuk perlawanan yang telah dimainkan pada 19 November 2019. Sumber: AFC
(Y) Tidak dapat menjuarai kumpulan, mungkin masih boleh mara sebagai naib juara kumpulan..
Kumpulan D
KedPasukanPMt
1 Uzbekistan59
2 Arab Saudi48
3 Singapura57
4 Yaman55
5 Palestin54
Kemaskini untuk perlawanan yang telah dimainkan pada 19 November 2019. Sumber: AFC
Kumpulan E
KedPasukanPMt
1 Qatar513
2 Oman512
3 Afghanistan (Y)54
4 India (Y)53
5 Bangladesh (Y)41
Kemaskini untuk perlawanan yang telah dimainkan pada 19 November 2019. Sumber: AFC
(Y) Tidak dapat menjuarai kumpulan, mungkin masih boleh mara sebagai naib juara kumpulan..
Kumpulan F
KedPasukanPMt
1 Jepun412
2 Kyrgyzstan57
3 Tajikistan57
4 Myanmar56
5 Mongolia53
Kemaskini untuk perlawanan yang telah dimainkan pada 19 November 2019. Sumber: AFC
Kumpulan G
KedPasukanPMt
1 Vietnam511
2 Malaysia59
3 Thailand58
4 Emiriah Arab Bersatu46
5 Indonesia (Z)50
Kemaskini untuk perlawanan yang telah dimainkan pada 19 November 2019. Sumber: AFC
(Z) Tersingkir dari Piala Dunia.
Kumpulan H
KedPasukanPMt
1 Turkmenistan59
2 Korea Selatan48
3 Lubnan58
4 Korea Utara58
5 Sri Lanka (Z)50
Kemaskini untuk perlawanan yang telah dimainkan pada 19 November 2019. Sumber: AFC
(Z) Tersingkir dari Piala Dunia.

CAF

CAF mengumumkan pada 10 Julai 2019 pengembalian kepada format yang digunakan untuk pertandingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.[13]

  • Pusingan Pertama: 28 pasukan (kedudukan 27–54) akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan. 14 pemenang akan mara ke pusingan kedua.
  • Pusingan Kedua: 40 pasukan (kedudukan 1–26 dan 14 pemenang pusingan pertama) akan dibahagikan kepada 10 kumpulan empat pasukan akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan. 10 juara kumpulan akan mara ke pusingan ketiga.
  • Pusingan Ketiga: 10 pasukan yang mara dari pusingan kedua akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan. Lima pemenang akan layak ke Piala Dunia.

Peringkat awal (pusingan pertama)

Pasukan #1Agg.Pasukan #2Tempat sendiriTempat lawan
Habsyah 1–1 (a) Lesotho0–01–1
Somalia 2–3 Zimbabwe1–01–3
Eritrea 1–4 Namibia1–20–2
Burundi 2–2 (0–3 pen.) Tanzania1–11–1 (s.m.t.)
Djibouti 2–1 Eswatini2–10–0
Botswana 0–1 Malawi0–00–1
Gambia 1–3 Angola0–11–2
Liberia 3–2 Sierra Leone3–10–1
Mauritius 0–3 Mozambique0–10–2
São Tomé dan Príncipe 1–3 Guinea-Bissau0–11–2
Sudan Selatan 1–2 Guinea Khatulistiwa1–10–1
Comoros 1–3 Togo1–10–2
Chad 1–3 Sudan1–30–0
Seychelles 0–10 Rwanda0–30–7

CONCACAF

CONCACAF mengumumkan format yang disusun semula untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 pada 10 Julai 2019.[14] Ia akan bermula pada September 2020.

  • Teratas Kumpulan Heksagonal: 6 pasukan teratas pasukan CONCACAF berdasarkan kepada Kedudukan FIFA pada Jun 2020 akan bermain perlawanan menentang lawan di tempat sendiri dan tempat lawan di dalam satu kumpulan tunggal (sering dirujuk sebagai "Hexagonal"). Tiga pasukan teratas akan layak ke Piala Dunia, dan pasukan tangga keempat akan mara ke pusingan play-off CONCACAF.
  • Peringkat Terendah Peringkat Kumpulan dan Peringkat Kalah Mati: Baki pasukan CONCACAF (kedudukan 7 hingga 35 berdasarkan kedudukan FIFA pada bulan Jun 2020) akan dibahagikan kepada lapan kumpulan (lima kumpulan empat pasukan dan tiga kumpulan tiga pasukan) untuk bermain perlawanan menentang lawan di tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati, yang terdiri daripada suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir yang akan dimainkan secara timbal balik. Pemenang peringkat kalah mati akan mara ke pusingan play-off CONCACAF.
  • Pusingan Play-off: Pasukan tangga keempat kumpulan hexagon akan menghadapi pemenang peringkat kalah mati untuk mara ke play-off antara konfederasi.

CONMEBOL

Majlis CONMEBOL memutuskan pada 24 Januari 2019 untuk mengekalkan struktur kelayakan yang sama yang digunakan untuk enam kejohanan sebelumnya.[15] Bermula bulan Mac 2020, kesemua sepuluh pasukan CONMEBOL akan bermain dalam format liga bermain perlawanan di tempat sendiri-dan-tempat lawan. Empat pasukan teratas layak ke Piala Dunia, dan pasukan kelima ditempatkan ke play-off antara konfederasi.

OFC

UEFA

Musim Liga Negara-Negara UEFA 2020–21 akan dikaitkan sebahagiannya dengan kelayakan Eropah untuk Piala Dunia, sama dengan Kelayakan Play-off UEFA Euro 2020,[16] Oleh itu, liga boleh menyediakan dua pasukan penyertaan dalam pusingan kedua kelayakan.[17]

Format kelayakan bagi pasukan UEFA yang bergabung dengan FIFA akan disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 24 September 2019 di Ljubljana, Slovenia.[17]

  • Pusingan Pertama (peringkat kumpulan): 55 Pasukan UEFA bergabung dengan FIFA pada masa cabutan akan dibahagikan kepada sepuluh kumpulan (lima kumpulan enam pasukan dan lima kumpulan lima pasukan) untuk untuk bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang bagi setiap kumpulan layak ke Piala Dunia, dan sepuluh naib juara mara ke pusingan kedua (play-off).
  • Pusingan kedua (play-off): Satu pilihan yang mungkin adalah sepuluh naib juara pusingan pertama yang disertai oleh dua pasukan berdasarkan prestasi Liga Negara-Negara.[17] 12 pasukan akan memainkan satu pasukan lain di peringkat pertama, dengan enam pemenang memasuki peringkat kedua. Kedua-dua peringkat akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan secara timbal balik. Tiga pemenang peringkat kedua layak ke Piala Dunia.

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 http://www.insidethegames.biz/articles/1053493/hos... http://www.conmebol.com/es/clasificatorio-sudameri... http://www.the-afc.com/asiancup/news/groups-finali... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://english.ahram.org.eg/NewsContent/6/54/33777... http://www.independent.com.mt/articles/2019-03-04/... https://www.insidethegames.biz/articles/1053493/ho... https://www.cbssports.com/soccer/world-cup/news/20... https://www.concacaf.com/en/world-cup-qualifying-m... https://www.dawn.com/news/1471045/pakistan-to-lear...